LATAR BELAKANG

Bahagian Pengurusan dan Kewangan (BPK) telah ditubuhkan di Jabatan Ketua Menteri pada awal tahun 1976, yang dikenali sebagai Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Beberapa perubahan telah dialami sejak penubuhan pada 31 Disember 1978 apabila pentadbiran residensi dihapuskan. Pentadbiran Daerah telah diletakkan di bawahnya kemudian dipanggil Bahagian Pentadbiran dan Pentadbiran Daerah. Pada 1 Januari 1992, nama tersebut ditukar semula kepada Bahagian Pengurusan dan Kewangan apabila Pentadbiran Daerah tidak lagi diletakkan di bawahnya.

Bahagian Pengurusan dan Kewangan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) dan dibantu oleh tiga (3) orang Penolong Setiausaha bagi tiga (3) unit masing-masing iaitu Penolong Setiausaha (Pentadbiran), Penolong Setiausaha (Kewangan) dan Penolong Setiausaha (Pembangunan).

Bahagian Pengurusan dan Kewangan berperanan sebagai agensi yang mengendalikan perkara berhubung dengan Pengurusan Kewangan bagi semua agensi yang diletakkan di bawah Jabatan Ketua Menteri dan memberikan perkhidmatan yang diperlukan oleh setiap agensi berkenaan.